29 June 2010

Melenggang Perut ~♥ Part II

...assalamualaikum...

alhamdulillah majlis melenggang perut tak ada ye tuan-tuan dan puan-puan sekalian...alhamdulillah...memang saya sendiri tak setuju dengan perkara karut marut macam tu...

"Amalan melenggang perut sama ada anak pertama atau seterusnya seperti yang dilakukan oleh sesetengah masyarakat Melayu tidak wujud dalam Islam. Mempercayai sesuatu bencana akan berlaku sekiranya tidak dilakukan amalan melenggang perut adalah suatu perkara karut dan tidak berasas sama sekali dan adalah lebih baik jika ia tidak dilakukan.

tapi walaupun melenggang perut tu tak ada majlis doa selamat tetap ada...tetap berjalan seperti biasa...makan-makan dan solat hajat di buat dikalangan ahli-ahli keluarga mertua...suka saya nak berkongsi bersama-sama dengan anda semua aturcara sepanjang berada di kampung mertua saya tu...

saya bertolak balik ke Jabi, Terengganu malam Khamis yang lalu...saja balik malam-malam sebab nak elakkan cuaca yang panas di siang hari...lagi pun bukan saya yang drive....hubby yang drive...haha...saya boleh tido...pagi Jumaat tu hubby bawa saya dan adik-adik ipar saya pergi kolam air panas...Hot Spring La namanya...ingatkan best tempat tu rupanya hampeh...dah la ramai orang...kebetulan badan saya masa tu tak berapa nak larat...tu yang jadi tak berapa nak enjoy pergi sana...pergi rendam kaki sekejap je pastu ajak hubby balik sebab petang tu kitorang nak bertolak ke Paloh, Kelantan pulak...maaf ye...tak ada gambar pun sebab tak cantik pun tempatnya...haha...suka-suka hati je...

petangnya dalam kul 4.00 petang kami bertolak ke Paloh, Kelantan...nak dijadikan cerita semasa kami sedang berada di Kuala Krai mak mertua call tanya ada kat mana...katanya makbidan dah sampai...pelik jugak sebab sebelum ni mak mertua cakap nak panggil mak bidan hari Sabtu...ni hari Jumaat dah sampai...apa kes lak...tak sampai 5 minit lepas tu mak saya pulak call tanya ada kat mana...aik!!! sampai mak pun call ni apa hal pulak...rupa-rupanya majlis doa selamat tu nak buat lepas Asar hari Jumaat....apa la mak mertuaku ni...bikin kalut je...nak buat hari Jumaat cakap la hari Jumaat kenapa cakap hari Sabtu pulak...hadoiiii ya!!!

ok la...malam tu mak bidan pun sampai...mula-mula doa selamat dan makan-makan...lepas tu baru sesi saya lak....hehe...mak bidan panggil masuk bilik...hubby pun dia panggil sekali...kami disuruh duduk di atas beras yang telah diletak di dalam kain sehelai kain batik...beras tu disukat oleh nenek hubby sebanyak 7 cawan...lepas saya dan hubby duduk atas beras tu mak bidan baca ayat suci al-Quran...pastu kitorang kena makan pulut 3 suap...air 3 teguk....pastu ada macam kain yang dah dililit menjadi seperti tali...tali @kain tu dilalukan dari atas kepala kitorang sampai ke kaki...pastu siap...hubby keluar turn saya seorang pulak...kaki saya diurut...dari paha sampai ke tapak kaki...geli + sakit tau...tapi sakit tu mula-mula je...pastu rasa best...belakang pinggang pun diurut jugak....pastu perut di raba-raba....konnonya nak tahu posisi baby tu macam mana...yang ni tak yah raba pun takpe...gi scan kan senang....haha

erm...tu je la yang berlaku sepanjang berada di Paloh, Kelantan...gambar tak ada la sebab tak amibik pun...malas...haha...


24 June 2010

Away From My Lil' Lappy

...assalamualaikum....

sekarang saya bercuti 3 hari dari mengupdate blog, meng'sekodeng' blog orang lain, melayari laman mukabuku, dan seterusnya bercuti dari melayari dunia tanpa sempadan...sekarang saya berada di kawasan yang langsung tak ada talian untuk masuk ke dunia tanpa sempadan ni...sedih kan...waaaa...

agaknya sekarang ni perut saya sedang di'lenggang' oleh mak bidan tak? entah la...saya pun tak pasti...entri ni pun di buat sebelum saya berangkat ke kampung mak mertua saya di Kelantan...hati agak berat nak melangkah pergi ke sana sebenarnya sebab saya memang tak nak la 'melenggang perut ni'...bagi saya benda tu semua mengarut...tapi maybe tak buat kot...maybe buat doa selamat, sembahyang hajat dengan makan-makan je kot...think positive...sebab everything mak mertua dan keluaga mertua yang rancang...saya hanya perlu 'bawa perut' (yang memboyot) ni je...

hehe...mak kata kalau betul keluarga belah mertua buat 'melenggang perut' ni ikut je...boleh merasa pengalaman perut kena 'lenggang' macam mana...member-member lak siap suruh amik video dengan gambar...hehehe...

apa-apa pun asalkan baby dalam perut ni sihat walafiat itu sudah memadai...tak sabar nak tunggu baby ni keluar...nak tengok macam mana la rupa dia...perangai dia...ragam dia...

agak-agak perangai baby macam mak dia ke macam bapak dia ye...hahaha...ataupun dua-dua sekali baby ikut...erm...tiba-tiba lak rindu dengan 'body' lama...yang slim melim...hahaha...yang tak berapa nak muncit...

peace...no war!!! hehe


23 June 2010

Melenggang Perut ~♥ Part I

...Assalamualaikum...

anda semua pasti pernah dengar tentang adat resam melayu kita berkenaan dengan MELENGGANG PERUT kan? hari ni saya nak berkongsi sedikit maklumat berkenaan dengan adat resam tersebut bersama-sama dengan anda...

merujuk kepada info dari Adat Resam Melayu

****************************************
Adat melenggang perut kebanyakannya lebih difahami masyarakat Melayu di selatan semenanjung manakala di sebelah utara semenanjung lebih dikenali dengan panggilan kirim perut. Adat ini ialah suatu adat yang dijalankan ke atas seorang isteri yang telah genap tujuh bulan hamil dan ia bertujuan untuk meletakkan kedudukan bayi di dalam perut di tempat yang sepatutnya, iaitu bahagian kepala di pintu rahim. Ini penting bagi memudahkan si ibu bersalin dan bayi tidak kelemasan di dalam perut. Maka pada masa itu, bidan akan dipanggil untuk memeriksa dan menentukan isteri yang hamil itu betul-betul telah genap tujuh bulan hamil atau belum cukup bulan lagi. Jika didapati sudah genap tujuh bulan isteri itu hamil, maka mulailah bidan itu diupah untuk melangsungkan adat melenggang perut ini. Kelengkapan yang mustahak perlu disiapkan untuk menjalankan adat ini. Antara kelengkapan tersebut disediakan adalah seperti berikut:

• Tujuh helai kain yang berlainan warna.

• Satu gantang beras.

• Sebiji buah kelapa.

• Beberapa urat benang.

• Satu batang damar.

• Sedikit minyak kelapa atau minyak urut.

• Beberapa batang lilin.

• Satu tepak sirih, yang lengkap dengan isinya.

• Pengeras wang sebanyak lima suku ($1.25) di dalam tepak itu.

Setelah semua barang tersebut disediakan, tok bidan akan menjalankan adat melenggang perut seperti berikut:

Mula-mula tok bidan membentangkan ketujuh-tujuh helai kain berwarna itu secara melintang sehelai demi sehelai. Ibu yang hamil itu akan dibaringkan di atas lapisan-lapisan kain tersebut. Kemudian, perut ibu itu akan diurut dengan minyak kelapa atau minyak urut secara perlahan-lahan.

Selepas itu, kelapa yang sudah dikupas tersebut akan diguling-gulingkan secara perlahan-lahan di atas perut ibu itu ke atas dan ke bawah sebanyak tujuh kali dan pada kali yang ketujuh itu, kelapa itu akan dilepas serta dibiarkan jatuh bergolek daripada perut ibu itu sambil diperhatikan oleh tok bidan itu. Tok bidan akan memerhatikan bagaimana kedudukan muka atau mata kelapa itu setelah berhenti bergolek. Jika mata kelapa itu menghala ke atas, ibu itu akan beroleh anak lelaki, dan jika ia menghala ke bawah, anak perempuan akan dilahirkan.

Setelah itu, sebelah tangan tok bidan akan memegang satu hujung kain lapisan atas sekali dan dengan tangannya yang sebelah lagi, dipegangnya hujung yang satu lagi. Kemudian kain itu diangkatnya sedikit sambil dilenggang-lenggangkan badan ibu itu. Dari sinilah terbitnya panggilan Lenggang Perut itu. Selepas itu, kain itu ditarik keluar daripada bawah badan ibu tersebut. Perbuatan ini akan dilakukan sehingga habis ketujuh-tujuh helai kain itu dikeluarkan dari bawah pinggang ibu tersebut. Kain yang di bawah sekali akan diberikan kepada tok bidan bersama-sama dengan kelapa, beras, damar, sirih pinang beserta dengan wang pengeras lima suku di dalam tepak sirih itu.

Biasanya, pada hari melenggang perut akan diadakan kenduri kecil-kecilan yang akan dihadiri oleh orang tua-tua dan kaum keluarga yang rapat. Pada masa kenduri itu berlangsung, si ibu yang akan melenggang perut itu akan dipakaikan dengan pakaian yang baru dan cantik.

****************************************

sekarang saya pun dah masuk 7 bulan...mak mertua ada cakap nak buat makan-makan dan majlis doa selamat tapi agak-agak melenggang perut pun mak mertua saya nak buat ke?? actually kalau boleh memang tak nak buat melenggang perut ni...

harap-harap tak ada la melenggang-lenggang perut ni..

21 June 2010

Buang Sawang


...assalamualaikum...

dah naik bersawang dah blog saya ni...lama betul tak update...alhamdulillah...usia kandungan sudah melangkah ke minggu yang ke 29...ada lebih kurang 10 minggu lagi nak bersalin...mudah-mudahan dipermudahkan la semuanya...amin...

so...how's my life now after almost 7 months married...great!! really great...lately ni rasa macam tak bermaya sangat-sangat...nak duduk nak berdiri nak baring serba tak kena...rasa macam tak sesuai je semua posisi...hehe...paling sini sakit...paling sana sakit...seksa tapi seronok...baby pun menendang macam tak hingat dunia sekarang...tak kira masa...

jom update sikit perkembangan diri saya as a becoming mother ni

Current weight : 65 kg (gain 9kg after pregnant...!!)
Current Health : 50/50 (Sometimes tak lawat sangat sometimes hyper pulak)
Baby's Condition : Alhamdulillah...sihat...dan sangat aktif